Kes Baling Botol Minuman Keras Ke Jalan Raya, 7 Individu Ditahan

5 Feb 2023 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial tentang seorang lelaki yang mencampak botol minuman keras dari balkoni sebuah bangunan yang dipercayai sebuah apartment ke arah jalan raya Lebuh raya AKLEH di ibu kota.

Berikutan kejadian tersebut, tujuh orang individu hari ini telah ditahan polis bagi membantu siasatan, lapor Buletin TV3.

Difahamkan, tujuh individu tersebut terdiri daripada empat orang lelaki dan tiga orang wanita.

Dua daripada mereka direman oleh polis selama tiga hari dan seorang dari tujuh individu itu pula positif dadah jenis Ketamin.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu ACP Noor Delihan Bin Yahaya, kesemua mereka telah dilakukan ujian saringan air kencing selepas diitangkap namun hanya seorang sahaja yang positif dadah manakala yang lain pula didapati negatif ujian saringan tersebut.

Difahamkan, ketujuh-tujuh mereka merupakan pekerja di sebuah pusat hiburan dan tangkapan tersebut dilakukan hasil serbuan pada semalam dan pagi ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.