Kes BAM: Siasatan SPRM tidak babit dakwaan daripada surat layang

LocalPolitics
5 Dec 2024 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AZAM

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta pemberi maklumat tampil kepada suruhanjaya itu untuk mendedahkan salah laku kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemberi maklumat atau whistleblower perlu tampil kepada agensi itu untuk mendedahkan apa yang berlaku dalam BAM.

"Siasatan SPRM ketika ini tidak membabitkan dakwaan daripada surat layang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Azam juga mengesahkan, beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk penelitian beberapa dokumen yang diambil sejak siasatan itu berlangsung.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai siasatan berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai lima pegawai daripada SPRM hadir di pejabat BAM pada Selasa bagi meneliti beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan mengesahkan pegawai SPRM telah mengunjungi pejabat badan induk itu minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.

Kenyataan itu, berkata badan induk itu memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved