Kes Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta: Vivy Yusof & Fadza Akan Didakwa Atas Pecah Amanah Di Mahkamah Esok

LocalPolitics
4 Dec 2024 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan usahawan yang juga pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu bahawa pihaknya akan membuat pertuduhan ke atas pasangan suami isteri tersebut.

image is not available

Kedua-dua mereka akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Katanya, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM pada 28 November lalu dan Vivy serta Fadza telah ditahan semalam dan dibebaskan dengan jaminan untuk hadir ke mahkamah, pada Khamis.

Pasangan itu akan dituduh di bawah kesalahan pecah amanah (kanun keseksaan).

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Siasatan ke atas pasangan itu adalah susulan pendedahan Kementerian Kewangan bahawa Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

image is not available 4 weeks ago

SPRM Beku Akaun Persendirian, Enam Syarikat Milik Vivy Yusof & Fadza Bernilai RM1.1 Juta