“Kes Banyak Tak Settle Lagi” – Caprice Dikecam Dakwa Cuba Cari Pasal Dengan Aliff Syukri

4 Nov 2022 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebut sahaja mengenai Caprice, rata-rata warga net akan mengingatkan tentang penyanyi rap itu yang sentiasa sahaja berada dalam kontroversi.

Baru-baru ini, Caprice telah memuat naik satu posting di Instagram mengatakan dirinya mahu berkolaborasi dengan usahawan, Aliff Syukri. Tetapi, warga net menganggap ianya seakan mengajak kepada satu lagi kontroversi baru buat Caprice, hm macam mana tu?

Kes baru?

Menerusi posting tersebut, Caprice meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Alyph atas lagu Swipe yang menjadi trend pada masa kini. Selain itu, dia juga mengajak Aliff Syukri untuk berkolaborasi namun pelawaan itu berbaur sindiran.

Alang-alang jom ah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu.. tanpa any sotongs ahhh.. – Caprice

Rata-rata warga net mengkritik tindakan itu dan mengaitkan bahawa kontroversi bagi Caprice sebelum ini masih lagi belum mempunyai kesudahan.

image is not available

image is not available

Haih, agaknya apa pendapat pembaca Oh! Media dalam hal ni?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.