Kes Budak Lelaki Cedera Dipukul: 4 Remaja Berusia 14 Tahun Sudah Ditahan Polis

21 Jul 2026 • 5:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Budak Lelaki Cedera Dipukul: 4 Remaja Berusia 14 Tahun Sudah Ditahan Polis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (21 Julai), kami ada melaporkan kes seorang budak lelaki yang retak pada bahagian tengkorak serta mengalami pendarahan dalam kepada dan telinga kanan akibat dipukul oleh empat rakannya yang lain.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya dalam satu hantaran di Facebook dan mendapat perhatian warganet.

4 Remaja Lelaki Ditahan Belasah Rakan Hingga Parah

Terbaharu, empat remaja yang berusia 14 tahun disahkan telah ditahan pada 5 Julai lalu kerana disyaki membelasah rakan mereka sehingga parah serta merakam insiden terbabit sebelum ia tular di media sosial sejak semalam (20 Julai).

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, kesemua suspek ditahan pada hari sama selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang wanita warga tempatan yang merupakan ibu mangsa pada jam 12.45 pagi.

Jelas Mohd Rosdi, hasil siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa.

Walau bagaimanapun, Mohd Rosdi enggan mengulas lanjut kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan.

“Kejadian disahkan berlaku di kawasan bawah blok Residensi PRIMA Alam Damai, Cheras, di sini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Cheras menahan empat remaja lelaki tempatan berusia 14 tahun bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik seorang daripada suspek yang digunakan untuk merakam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kesemua Suspek Direman 2 Hari & Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Memetik Malaysia Gazette, kesemua suspek telah direman selama dua hari iaitu pada 6 hingga 7 Julai lalu.

Namun, kesemua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran seorang pengguna yang mendakwa anaknya mengalami keretakan pada tengkorak serta pendarahan dalam kepala dan telinga kanan akibat dipukul.

Menurutnya, insiden sudah berlaku pada 2 Julai lalu namun dia hanya dapat memuat naik perkongsian tersebut selepas lebih dua minggu bergelut dengan trauma.

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi video yang memaparkan kejadian anaknya dipukul.

Baca luahannya di bawah:

Lagi Kes Buli! Ibu Dakwa Anak Dipukul Hingga Tengkorak Retak & Pendarahan Dalam Kepala Serta Telinga Kanan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved