Video Tular B*lasah Rakan Sampai Pendarahan Otak, Polis Sahkan 4 Remaja Umur 14 Tahun Ditahan

21 Jul 2026 • 6:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft buli

Empat orang suspek yang berusia 14 tahun disahkan telah ditahan pada 5 Julai lalu kerana disyaki memukul seorang rakan mereka sehingga parah dan merakam perbuatan itu sebelum video berkenaan tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan bahawa pihak mereka menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga ibu mangsa sekitar pukul 12.54 pagi dan menahan kesemua suspek pada hari yang sama.

Artikel berkaitan: Remaja Buli Rakan Sekolah, Cacah Tatu Ikan Kap Secara Paksa Pada Kaki Mangsa

Artikel berkaitan: Pelajar Berang Dibuli, Sering Dibaling Ais Jadi Punca Kejar Rakan Dengan P*sau

Tambah beliau, kejadian itu berlaku kerana rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa, tetapi beliau enggan untuk mengulas lanjut kerana kes masih lagi dalam siasatan.

“Kejadian disahkan berlaku di kawasan bawah blok Residensi PRIMA Alam Damai, Cheras, di sini. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Cheras menahan empat remaja lelaki tempatan berusia 14 tahun bagi membantu siasatan.”

“Polis turut merampas telefon bimbit milik seorang daripada suspek yang digunakan untuk merakam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.”

Screenshot 2026 07 21 182235

Menurutnya, kesemua suspek yang direman sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan sebelum ianya dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Sebelum ini satu klip video tular memaparkan seorang remaja yang berbaju hijau telah dipukul oleh 2 orang suspek yang memakai baju biru dan seorang lagi merakam perbuatan tersebut.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang mengakui dirinya sebagai ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya itu cedera parah termasuk pendarahan dalam otak serta keretakan pada tengkorak.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved