Kes buli: Empat pelajar hadir beri keterangan di balai polis

3 Apr 2024 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SANDAKAN - Empat pelajar telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan jenayah di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek bagaimanapun berkata, siasatan kes masih dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan dilakukan susulan laporan yang diterima pada jam 10.25 malam Isnin lalu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan oleh seorang guru wanita berusia 56 tahun dari sebuah sekolah menengah di daerah ini.

"Laporan itu berkaitan kejadian ugutan jenayah melibatkan pelajar di sekolahnya dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di asrama sekolah melibatkan dua mangsa iaitu pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua berserta dua suspek Tingkatan Dua dan Tingkatan Lima," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan itu, kedua-dua mangsa dan suspek telah hadir ke balai polis untuk diambil keterangan dan kini siasatan sedang dijalankan.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan dua pelajar di sebuah sekolah menengah di sini bukan sahaja menjadi mangsa buli, malah turut diugut bunuh oleh dua beradik yang juga pelajar sekolah berkenaan.

Suspek mengancam mangsa menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved