
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 39 tahun yang memukul seorang warga tempatan hingga retak bahagian gigi serta keretanya dengan kayu cota dalam kejadian buli jalanan, tiga tahun lalu, dipenjara 30 bulan dan dikenakan satu sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Joni Abdullah yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Khamis. Joni menyebabkan kecederaan parah kepada Aaron Liew, 21, dengan senjata itu pada pukul 10 malam 29 Mac 2021 di Jalan Kolam, Luyang di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam Amirul Amin yang mewakili Joni, meminta hukuman ringan dengan mengatakan Joni telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan mempunyai dokumen sah.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Amirul berkata Joni benar-benar kesal dengan perbuatannya yang menyebabkan kecederaan kepada pengadu.
Bagaimanapun, dia berkata, ketika kejadian walaupun tidak boleh diterima, ia disebabkan provokasi dan penghinaan terhadap ibu Joni yang baru saja meninggal dunia seminggu sebelum kejadian.
Amirul seterusnya berkata Joni ingin memohon maaf kepada pengadu dan keluarganya kerana menyebabkan kesakitan dan kecederaan, dan berharap masa tahanannya di penjara telah memberi pengajaran kepadanya. Joni memberitahu mahkamah bahawa pasportnya tidak dapat diperbaharui kerana dia sudah ditangkap.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kerana ia merupakan kesalahan serius sebab mangsa dalam kes itu mengalami kecederaan parah.
Dacia berkata, mangsa mengalami keretakan pada bahagian giginya sehingga menyebabkan giginya dicabut.
Mahkamah memerintahkan Joni menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai hukuman penjara.
Mahkamah mendengar kejadian itu berlaku apabila mangsa telah mengecam Doni kerana tidak menggunakan lampu isyarat untuk menukar lorong dan menyebabkan pergaduhan antara mereka.
Semasa pergaduhan itu, Joni keluar dari keretanya dengan membawa kayu cota, memecahkan cermin tingkap mangsa serta memukul muka, kepala, tangan dan mulutnya. Mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth.
Laporan perubatan menyatakan mangsa telah mengalami retakan dentoalveolar dan luka melecet pada bibir atas kanan serta mukosa labial bawah.
Susulan laporan polis, Joni ditahan selepas itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
