Kes Buli Sampai Alami Gegaran Otak Di Johor, Menteri Pendidikan Janji Tiada Kompromi

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia menteri Pendidikan

Tular di media sosial luahan seorang ibu mengenai anak lelakinya berusia 10 tahun didakwa menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak serius.

Mangsa, Izzul Islam Azuan Isaidi yang sedang bergelut dengan kanser hidung dilaporkan dipukul, ditendang, dan kepalanya dihentak.

Izzul alami gegaran otak serius

image is not available

Lapor Sinar Harian, Izzul dipukul seorang murid Tahun Enam pada 21 Februari lalu di sebuah sekolah agama di Johor.

Lebih memilukan lagi, Izzul bukan setakat mengalami trauma fizikal tetapi doktor memaklumkan penyembuhan penuh mungkin mengambil tempoh sehingga tiga tahun.

Izzul juga berisiko sawan jika terjatuh atau pengsan. Dakwa ibu, Izzul sekali lagi menjadi sasaran apabila kejadian berulang oleh pelaku berbeza pada 7 Ogos lalu sehingga perlu dirawat.

Menteri Pendidikan arah siasatan segera, tiada kompromi

Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan siasatan segera dilakukan dan beliau memandang serius kejadian buli ini.

Beliau menyatakan kes ini perlu ditangani seadil-adilnya menurut garis panduan sedia ada.

image is not available

Tambah beliau lagi, Jabatan Pendidikan Johor telah menziarahi mangsa yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

Pssttt! Tahniah kepada KPM dan Menteri Pendidikan kerana tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas dalam kes ini. Semoga ada keadilan buat mangsa.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.