
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini, tular di media sosial laporan media mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mengalami gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.
Menurut ibu kepada mangsa, Siti Suhana Misdi anak lelakinya itu didakwa dipukul ditendang serta dihentak kepala selain dipaksa berbogel oleh si pelaku yang juga murid darjah enam pada 21 Februari lalu.
Kata ibu kanak-kanak itu lagi, perkara tersebut berlaku berpunca dari rasa tidak puas hati si pelaku kepada kakak mangsa yang menolak cintanya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Alami Gegaran Otak, Dipercayai Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Kakak Tolak Cinta
Menteri pendidikan mahu kes disiasat segera
Terbaharu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahu siasatan kes membabitkan kanak-kanak terbabit disegarakan agar tindakan wajar dapat dilakukan.
Jelas menteri itu tiada kompromi kepada salah laku buli di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).
Ia bertujuan tindakan wajar dapat diambil
Menurutnya kes berkenaan hendaklah dikendalikan dengan adil serta telus berdasarkan kepada garis panduan yang sudah ditetapkan.
“Saya mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid yang berlaku di Johor seperti yang dilaporkan oleh media.
“Siasatan kes ini perlu disegerakan dengan tindakan segera sewajarnya dapat diambil. Tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Turut doakan kanak-kanak alami gegaran otak cepat sembuh
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga sudah menziarahi kanak-kanak berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Manakala siasatan sedang berjalan, saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera.”
Dalam pada itu Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook rasmi milik baginda menitahkan agar kerajaan segera melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi menangani gejala tersebut sejak di peringkat sekolah rendah.
Baginda bertitah, sekiranya gejala buli tidak dibendung dari peringkat itu, ia berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.



![Penapis Air Sebabkan Badan Kita Lemah? Ini Penjelasan Dr Malar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)