Kes bunuh kanak-kanak perempuan, dua lelaki direman tujuh hari

17 Jul 2026 • 2:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes bunuh kanak-kanak perempuan, dua lelaki direman tujuh hari

KOTA KINABALU, 17 JULAI: Dua lelaki termasuk seorang warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Numbak, Sepanggar, dekat sini semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP La Paula Abd Muis.

Kedua-dua lelaki itu ditahan semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan Nurjilya Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lepas.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved