Kes bunuh pemandu e-hailing dipindah ke Mahkamah Tinggi

12 Jul 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Mahkamah Majistret pada Khamis memindahkan kes membabitkan seorang wanita dn adik lelaki tirinya yang didakwa membunuh pemandu e-healing yang merupakan bekas suami wanita itu, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat perintah itu untuk Nurima Juli, 35, dan Sadam Kiram, 30, selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa notis tuntutan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi telah diterima.

Nurima dan Sadam dituduh membunuh Nurman Bakaratu, 61, antara pukul 7.30 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan 2023 di ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Batu 5, Jalan Apas, di sini.

Pada 26 Apr tahun ini, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Sadam juga didakwa melupuskan barang bukti berkaitan penemuan mayat Nurman yang mana dia melupuskan gunting dan dompet milik Nurman antara jam 7.30 malam dan 11.30 malam pada hari yang sama.

Sebelum ini, Nurima menjadi saksi utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu yang sebenarnya melibatkan polis kanan – bekas Ketua CID Esscom SAC Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain kerana didakwa membunuh Nurman.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membebaskan lapan orang itu selepas Nurima yang tampil sebagai saksi pendakwaan memberi keterangan dia menikam bekas suaminya dengan gunting.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fakrurrazi Ahmad Salim tampil untuk pendakwaan manakala kedua-duanya tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.