
TAWAU: Lapan tertuduh dalam kes bunuh seorang pemandu e-hailing pada Januari lalu, termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta dibicarakan bagi tuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Kesemua tertuduh termasuk seorang wanita individu awam mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Dr Lim Hock Leng.
Pegawai polis Rosdi Kastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungan, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan Vivien Fabian, 34, (orang awam) didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di Ladang Kelapa Sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara jam 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari lalu.
Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, mesti dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Seorang lagi pegawai polis, John Kennedy Anak Sanggah, 44, iaitu suami Vivien, turut didakwa atas kesalahan serupa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di tempat dan masa yang sama.
Sementara itu, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, berdepan dua pertuduhan bersubahat dengan Rosdi, Dennis, Fabian, Khairul, Mohd Azlan dan Vivien di samping bersubahat dengan John Kennedy dalam melakukan kesalahan itu.
Mat Zaki didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang juga membawa hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, mesti dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan dari 2 Januari hingga 26 April tahun depan.
Pendakwaan dijangka memanggil 25 hingga 30 saksi pendakwaan, termasuk empat pakar profesional, sementara pihak pembelaan akan memanggil 32 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Manoj Kurup, Muhamad Iskandar Ahmad, Khairul Azreem Mamat dan Low Qin Hui menjalankan pendakwaan.
Mat Zaki, Khairul Azman, Vivien dan John Kennedy diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye, Timothy Daut dan Kimberly Ye.
Rosdi diwakili Datuk Ansari Abdullah, Abdul Gani Zelika dan Erveana Ansari Ali; Dennis diwakili Hairul Vaiyron Othman dan Luke Ressa Balang; sementara Fabian diwakili oleh Sharatha Masyaroh, John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
