Kes Bunuh Peniaga Wanita: Suspek Direman Tujuh Hari

15 Feb 2025 • 5:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kes Bunuh Peniaga Wanita: Suspek Direman Tujuh Hari

KUANTAN, 15 Feb (Bernama) — Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis telah menahan suspek di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada 5.30 pagi tadi.

Turut dirampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat hentakan di bahagian kepala dengan objek keras atau tumpul.

“Orang ramai diminta jangan membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved