Kes culik remaja: Seorang lagi suspek ditahan

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek wanita berusia 50-an dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman.

SEREMBAN - Seorang lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik remaja perempuan di daerah ini pada 10 April lalu ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, wanita berusia 50-an itu ditahan di Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.55 tengah hari Rabu.

"Suspek telah direman 14 hari sehingga 30 April selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961," katanya.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi permohonan reman kira-kira jam 9 pagi.

Isnin lalu media melaporkan seramai enam individu berusia 20 hingga 31 tahun direman bermula 14 April hingga 27 April.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan adalah seramai tujuh orang.

Sebelum ini media melaporkan seorang daripada suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun itu cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis.

Menurutnya, kejadian culik pada jam 5.45 petang 10 April itu membabitkan mangsa seorang perempuan berusia 16 tahun dengan permintaan wang tebusan berjumlah RM2 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved