Polis buru suspek tinggalkan bayi dalam kotak

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 12:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes seorang bayi lelaki baru lahir yang ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata bayi lelaki yang dibalut dengan kain itu ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kotak kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dzulbaharin dalam kenyataannya turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil membantu siasatan.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Damsa Dahlan di 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran.