Kes dadah juruterbang: Tempatkan polis bersama AVSEC di lapangan terbang

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes dadah juruterbang: Tempatkan polis bersama AVSEC di lapangan terbang

PUTRAJAYA – Beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan dalam kadar segera melibatkan keselamatan penerbangan dengan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di lapangan terbang.

Langkah itu harus dibuat susulan penahanan seorang pembantu juruterbang Malaysia di Indonesia minggu lalu kerana dipercayai menyeludup dadah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berhubung penahanan juruterbang atau ‘co-pilot’ MAS (Malaysia Airlines) di Jakarta, Jemaah Menteri dimaklumkan oleh pihak KDN dan MOT bahawa beberapa langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan segera.

“Pertama, yang membabitkan ‘aviation security’ yang perlu ditempatkan anggota PDRM kerana waktu ini pihak yang menguruskan adalah polis bantuan,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini. 

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pembantu juruterbang berusia 39 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta selepas petugas Kastam dan Cukai Indonesia mengesan objek mencurigakan dalam bagasi miliknya ketika pemeriksaan mesin pengimbas sinar-X di balai ketibaan antarabangsa.

Pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan besar mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram, selain satu bungkusan syabu seberat 2.75 gram dan sisa syabu seberat 0.08 gram dalam paip kaca. – KOSMO! ONLINE

The post Kes dadah juruterbang: Tempatkan polis bersama AVSEC di lapangan terbang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved