PDRM pertingkat risikan, pengesanan awal ancaman di lapangan terbang

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 9:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PDRM pertingkat risikan, pengesanan awal ancaman di lapangan terbang

PETALING JAYA: Penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) dijangka memperkukuh perkongsian risikan, pengesanan awal, penyelarasan penguatkuasaan serta tindakan pantas terhadap ancaman keselamatan dan kegiatan jenayah dalam sektor penerbangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, PDRM bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan serta agensi berkaitan sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan, meliputi skop penugasan, lokasi penempatan, keperluan sumber manusia, bidang tanggungjawab dan penyelarasan operasi.

Katanya, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem keselamatan penerbangan yang lebih menyeluruh dan berlapis, merangkumi pengukuhan kawalan akses, prosedur saringan, pemeriksaan keselamatan, penilaian risiko serta kerjasama strategik antara semua agensi dan pihak berkepentingan.

“Pelaksanaan kawalan keselamatan yang lebih ketat bersepadu dan berasaskan risikan diyakini mampu meningkatkan keupayaan pencegahan, mengurangkan risiko serta menutup sebarang ruang yang berpotensi dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan penerbangan dan keselamatan pintu masuk serta pintu keluar negara akan terus menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebarang cubaan menjadikan industri penerbangan sebagai saluran kegiatan jenayah akan ditangani secara tegas tanpa sebarang kompromi.

“PDRM menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penambahbaikan segera terhadap kawalan keselamatan penerbangan negara termasuk penglibatan anggota PDRM dalam AVSEC.

“PDRM komited memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan keputusan tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, kerajaan mengarahkan beberapa penambahbaikan segera dilaksanakan termasuk menempatkan anggota PDRM dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan AVSEC susulan kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Indonesia, minggu lalu kerana disyaki menyeludup dadah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi berkata, KDN dan PDRM turut diminta meneliti aspek yang mungkin boleh disalahgunakan, termasuk sebarang kelompongan dalam sistem sedia ada. – UTUSAN

The post PDRM pertingkat risikan, pengesanan awal ancaman di lapangan terbang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved