Kes dadah Laos: Juruterbang berlepas ke Manila ditahan pihak berkuasa

7 Oct 2026 • 3:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes dadah Laos: Juruterbang berlepas ke Manila ditahan pihak berkuasa

SUBANG JAYA: Seorang juruterbang antara empat ditahan dalam operasi di hangar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini dipercayai berkaitan kes penyeludupan 521 kilogram (kg) methamphetamine yang digagalkan pihak berkuasa Laos.

Mereka ditahan dalam satu operasi sebelum sebuah lagi pesawat dijadual berlepas dari lapangan terbang di Subang itu menuju Manila hari ini.

Difahamkan, anggota penguat kuasa bertindak ketika juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru wanita sedang membuat persiapan untuk penerbangan berkenaan.

Menurut sumber, juruterbang ditahan itu memiliki syarikat yang merupakan pemilik kedua-dua pesawat yang ditahan di Subang hari ini dan jet peribadi yang dikaitkan dengan rampasan besar-besaran dadah di Laos.

Operasi bersama itu membabitkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), polis Petaling Jaya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), petugas keselamatan penerbangan (AVSEC) serta Pegawai Kawalan Perjalanan Cawangan Khas (TCO).

The post Kes dadah Laos: Juruterbang berlepas ke Manila ditahan pihak berkuasa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved