Kes Ebit Lew-Mondy: 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Dakwaan Gangguan Seksual

Entertainment
22 Sep 2023 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesahkan bahawa pendakwah terkenal Ebit Lew kini disiasat berhubung dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

Katanya, polis menerima laporan dibuat mangsa, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan penafian sejurus pulang dari luar negara.

image is not available

Polis turut memberitahu akan memanggil beberapa saksi lagi bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Mengulas mengenai rampasan telefon milik Mondy, Shuhaily memaklumkan pihaknya mengambilnya untuk ketelusan siasatan.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi,” katanya.

Caprice tak muat naik Podcast pendedahan Mondy

Dalam perkembangan lain, Caprice menerusi laman Instagramnya memaklumkan bahawa pihaknya dinasihati untuk tidak memuat naik Podcast pendedahan Mondy bagi bahagian kedua dan ketiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Difahamkan, Mondy atau nama sebenarnya Rita Restu Amanda masih berada dalam negara untuk proses melengkapkan siasatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.