Kes Ebit Lew: Telefon Bimbit Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah

Entertainment
22 Jun 2023 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwaan kes amang seksual pendakwah bebas Ebit Irawawn Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew masih dalam proses.

Terbaru, saksi ketujuh perbicaraan kes tersebut menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa adanya sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

Menurut laporan Buletin TV3, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, berkata laman sesawang itu dilayari menerusi aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

image is not available

Beliau memberitahu bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu adalah laman sesawang yang mempunyai unsur lucah, beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang berunsur lucah.

Latifah turut berkata antara laman sesawang lain yang turut dilayari ialah wikipedia berkaitan “gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” serta “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani itu dijalankan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah.

Difahamkan, peguam yang mewakili Ebit iaitu Ram Singh memaklumkan bahawa Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved