Kes Edar Dadah Berhampiran IPD Sentul Kejadian Lama

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 8:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kes Edar Dadah Berhampiran IPD Sentul Kejadian Lama

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kes pengedaran dadah di sebuah rumah ibadat berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini yang dibicarakan dalam program audio siar (podcast) @Sembangohhyeahh adalah kejadian pada 2016.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata sebanyak tiga laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan pada 12 Julai 2016.

Fadil berkata pihaknya mengesan video audio siar itu tular sejak pagi tadi, mendakwa terdapat kes pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul.

"Berdasarkan semakan lanjut, kandungan podcast itu merupakan penceritaan semula pengalaman tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada 2016," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil menegaskan publisiti seumpama ini adalah tidak wajar kerana boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis dan menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan.

Beliau berkata semua pihak perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap sebarang perkongsian atau penyebaran maklumat kepada umum.

Baca juga:

"Pihak polis komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

Dalam video berdurasi dua minit 30 saat itu, seorang wartawan berkongsi pengalaman melakukan penyamaran dengan membongkar kegiatan pengedaran dadah di kawasan berhampiran IPD Sentul, namun tiada tindakan diambil.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved