Kes gaduh di Penampang: Dua wanita ditahan

22 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PENAMPANG: Dua wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular baru-baru ini yang menunjukkan pergaduhan di tempat letak kereta sebuah kompleks beli-belah, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes itu.

Tangkapan pertama membabitkan seorang remaja berusia 18 tahun dikenal pasti sebagai suspek yang dilihat menyerang mangsa dalam video berdurasi dua minit 16 saat itu.

Tangkapan kedua membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun (mangsa) kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Polis sedang berusaha mengesan suspek ketiga yang turut dilihat menyerang mangsa dalam video terbabit.

Motif dipercayai berpunca daripada hubungan sulit antara mangsa dan suami suspek yang masih bebas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Selain itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Sammy menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang di 088-712222.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.