Lelaki ditahan kes remaja 17 tahun dirogol hingga hamil

22 Jul 2024 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek berusia 17 tahun direman selama tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

KUALA KANGSAR - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kenalannya yang hamil tujuh bulan.

Suspek ditahan di kediamannya di Lenggong sekitar jam 9 malam pada Ahad selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 17 tahun.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis selepas pemeriksaan yang dilakukan di Klinik Kesihatan mendapati dirinya sedang hamil.

Suspek kini telah direman selama tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved