Kes Gaduh Di Sekolah: Lima Pelajar Dibuang, Tiga Digantung – JPN

28 Nov 2025 • 9:59 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lima pelajar dibuang sekolah manakala tiga lagi digantung selepas disahkan terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani pada Isnin.

Lima pelajar dibuang sekolah susulan pukul rakan hingga pengsan

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah pada Khamis, pihak berkuasa pendidikan itu menegaskan bahawa tindakan tegas diambil tanpa sebarang kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku murid.

Menurut JPN, insiden pergaduhan tersebut dipandang serius dan siasatan dalaman menyeluruh telah diselesaikan oleh pihak sekolah.

“Pihak sekolah telah menamatkan siasatan dalaman sepenuhnya. Hukuman gantung dan buang sekolah telah dikenakan ke atas semua murid yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, media  melaporkan seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari berhubung kejadian seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa dipukul sehingga pengsan di sebuah asrama sekolah awal pagi Isnin.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah oleh seorang guru sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, ibu mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah pada jam 9.05 pagi.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sehubungan itu, JPN Kedah menasihatkan semua institusi pendidikan di negeri tersebut untuk sentiasa mematuhi prosedur pengurusan disiplin, memastikan keselamatan pelajar sebagai keutamaan dan melaksanakan intervensi pencegahan agar kesejahteraan warga pendidikan terus terpelihara.

Sumber: Facebook @JPN Kedah – Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

The post Kes Gaduh Di Sekolah: Lima Pelajar Dibuang, Tiga Digantung – JPN appeared first on Borak Daily.