Kes guru rempuh pelajar: Siasatan polis masih berjalan

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 10:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Siasatan berhubung kejadian seorang guru yang merempuh dua murid sehingga mengakibatkan seorang maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Ahad lalu masih dijalankan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata setakat ini pihaknya belum menerima kertas siasatan daripada polis.

“Pejabat pendakwaan di Kelantan telah diberi taklimat oleh pihak polis. Arahan kami adalah supaya siasatan lanjut dijalankan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Justeru, setakat ini siasatan masih dijalankan pihak polis dan kertas siasatan belum diterima,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan guru berusia 57 tahun itu dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, manakala seorang lagi pelajar cedera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved