Kes harian Covid-19 kekal diparas 5,000, empat lagi terkorban

17 Jul 2022 • 9:33 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 JULAI: Angka jangkitan baharu Covid-19 kekal diparas 5,000 kes dengan 5,047 kes direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,619,045.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, kes aktif berada pada tahap 42,481, meningkat 42.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 1,925 kes diikuti, Kuala Lumpur (1,365), Perak (306), Negeri Sembilan (276), Sabah (274) dan Pulau Pinang (265).

Di Melaka sebanyak 128 kes direkodkan, Putrajaya (116), Kedah (113), Sarawak (74), Johor (73), Pahang (56), Kelantan (37), Terengganu (22), Perlis (9) dan Labuan (8)

Sementara itu empat lagi kematian baru dilaporkan, dengan satu membabitkan kes meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke pusat kesihatan.

Tiga daripada korban terbabit berada di Selangor manakala seorang di Negeri Sembilan..

Sejak minggu lepas, purata 5.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.9, yang menunjukkan trend menurun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved