Kes Hilang Jia Hui: 3 Individu Ditahan Bantu Siasatan

23 Jul 2024 • 9:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika bermain di pusat perniagaan Eco Galleria 3, Taman Botani, Sabtu lalu.

2 Lelaki & Seorang Wanita Ditahan

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, individu terbabit terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 28 hingga 55 tahun.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek ditahan di kawasan Iskandar Puteri kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan...

Perkembangan terkini kes kehilangan kanak-kanak berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui, polis telah melakukan tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan cara yang salah,”katanya.

Kumar berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun belum ditemui.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 8 pagi hari ini.

Memetik laporan sumber, mangsa Jia Hui, 6, disedari hilang oleh kedua ibu bapanya yang sedang berniaga sempena festival Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Sumber: Kosmo!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved