
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, media ada melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan seorang influencer agama yang terkenal di media sosial khususnya TikTok selepas disyaki menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai RM12.3 juta.
Dia yang juga pendakwah bebas itu ditahan sekitar jam 8 malam, 22 April selepas hadir ke pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberikan keterangan.
Memetik laporan Berita Harian, difahamkan individu berusia sekitar 30-an itu melakukan perbuatan tersebut di tempatnya bekerja di antara September 2022 sehingga kini.
Pendakwah bebas berkenaan disyaki:
- Menyalahgunakan jawatannya
- Bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan duit bernilai sekitar RM12.3 juta ke akaun bank miliknya dan juga lapan lagi akaun syarikat miliknya.
Penahanan itu turut disahkan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Beberapa barangan turut disita SPRM & 15 akaun dibekukan
Susulan daripada penahanannya, SPRM turut membekukan 15 akaun turut dibekukan dan ia melibatkan tiga akaun bank persendirian, tiga akaun bank NGO dan sembilan lagi akaun bank syarikat dengan nilai sekitar RM16.5 juta.
Beberapa barangan turut disita seperti:
- Wang tunai berjumlah RM6,576
- Mata wang asing Riyal 95,568 (RM101,008)
- Dolar Singapura (SGD) 795 (RM2,465.67)
- Tiga jam tangan bernilai sekitar RM5,000
- Tiga beg tangan dianggarkan bernilai sekitar RM3,000
- Lima gelang tangan berjumlah sekitar RM26,000
- Sebentuk cincin dianggarkan RM2,000
- Satu unit (utas) rantai berjumlah sekitar RM7,000
- 51 kepingan emas dengan berat satu gram dengan nilai sekitar RM31,000
Pendakwah itu telah direman selama lima hari sehingga 26 April ini.
SPRM buat sitaan untuk kali kedua, jumlah aset disita sekitar RM4 juta
SPRM kemudiannya membuat sitaan untuk kali kedua menjadikan jumlah aset influencer berkenaan sekitar RM4 juta.
Menurut Harian Metro yang memetik sumber, pada 23 April operasi sitaan membabitkan wang tunai dalam beberapa mata wang termasuk:
- Riyal 7,325 (RM7,738.81)
- RM152,155
- SGD 27,134 (RM84,109)
Bukan hanya itu SPRM juga merampas perhiasan emas yang dianggarkan sekitar RM2 juta.
“Hari ini (23 April) SPRM Negeri Sembilan telah melakukan sitaan terbaharu dan selain ada pertambahan sitaan untuk duit mata wang asing dan tempatan, kami turut menyita pelbagai perhiasan emas bernilai kira-kira RM2 juta.
“Sehubungan itu nilai sitaan semalam dan hari ini berjumlah kira-kira RM4 juta,” jelasnya.
2 ahli jawatankuasa yang dipercayai bersubahat adalah isteri pendakwah dan setiausaha
Menerusi siasatan awal yang dilakukan sumber akhbar itu memaklumkansalah seorang daripada dua ahli jawatankuasa (AJK NGO) yang dipercayai bersubahat dengan influencer berkenaan merupakan isterinya.
Isteri pendakwah itu juga memegang jawatan sebagai bendahari NGO, manakala seorang lagi AJK yang dipercayai bersubahat adalah setiausaha.
Dana dipindahkan ke akaun persendirian milik pendakwah & 8 akaun dari syarikat miliknya
Ujarnya, siasatan yang dilakukan mendapati dana berkenaan dipercayai dipindahkan ke akaun bank milik pendakwah terbabit dan lapan akaun bank syarikat yang juga dimilikinya dilakukan tanpa pengetahuan ahli jawatankuasa yang lain.
Awgkok Ahmad turut mengesahkan hal terbabit dan memaklumkan ia melibatkan lapan syarikat milik influencer lelaki itu.
Antara syarikat tersebut adalah:
- Percetakan
- Penerbitan
- Jualan buku
- Pemasaran
- Penjualan produk
- Pengurusan sumber manusia
- Pengurusan duta produk
