Pendakwah Bebas Ditahan SPRM, Disyaki Seleweng RM12.3 Juta Dana NGO

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang pendakwah bebas ditahan dan direman selama lima hari selepas disyaki menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dana NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Menurut laporan Kosmo, perintah reman sehingga 26 April itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli di Mahkamah Majistret Seremban selepas permohonan dibuat oleh pihak SPRM.

Pendakwah bebas pindah wang ke akaun peribadi dan syarikat miliknya

image is not available

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sekitar jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga pengerusi NGO disyaki melakukan perbuatan tersebut dari September 2022 hingga kini.

Suspek dipercayai menyalahgunakan jawatan dan bersubahat dengan dua ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan wang kira-kira RM12.3 juta ke akaun miliknya dan lapan syarikat miliknya.

Akaun dibekukan, pelbagai barangan dirampas

image is not available

Susulan siasatan, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun bank melibatkan akaun peribadi, NGO dan syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM16.5 juta.

Selain itu, pihak berkuasa turut menyita pelbagai barangan termasuk:

  • Wang tunai dan mata wang asing
  • Tiga jam tangan (RM5,000)
  • Tiga beg tangan (RM3,000)
  • Lima gelang tangan (RM26,000)
  • Sebentuk cincin (RM2,000)
  • Rantai (RM7,000)
  • 51 keping emas seberat 1 gram (RM31,000)

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pssttt! Amanah bukan sekadar jawatan, tapi tanggungjawab. Jangan sesekali khianati kepercayaan yang diberi, kerana akibatnya bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pendakwah Bebas Ditahan SPRM, Disyaki Seleweng RM12.3 Juta Dana NGO appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved