Kes Isteri Maut Di Bilik Hotel, Lelaki Direman Seminggu

21 Jun 2024 • 11:11 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang menyerah diri kepada pihak polis dan mengaku telah membunuh isterinya di sebuah hotel sekitar Batu Gajah, Perak direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin telah mengeluarkan perintah reman terhadap tertuduh yang berusia 37 tahun itu pada Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan keranan membunuh.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, suspek yang memakai baju Melayu serta berseluar lokap jingga telah tiba di Mahkmah Majistret Batu Gajah pada jam 8.33 pagi ini sambil diiringi pihak polis.

Lelaki tersebut ditahan ketika dia menyerah diri lalu mengaku telah membunuh isterinya di Balai Polis Batu Gajah pada jam 2 petang, semalam.

Semasa kejadian, beberapa kesan tikaman ditemukan pada tubuh isteri suspek yang berusia 32 tahun dan dipercayai ditikam menggunakan senjata pisau.

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut pihak polis, pasangan tersebut menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian walaupun mereka dikatakan hadir ke hotel terbabit secara berasingan.

Suspek dipercayai tidak berpuas hati apabila mangsa meneruskan tuntutan fasakh, meskipun telah dipujuk sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)