Suami Serah Diri Ke Balai Polis Lepas Bunuh Isteri Sebab Nak Tuntut Fasakh

Entertainment
21 Jun 2024 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas mengaku yang di la telah membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel yang terletak di Jalan Pejabat Pos, Perak, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kepada pemberita bahawa suspek sendiri yang datang untuk serah diri dan ia dipercayai akibat masalah rumah tangga.

Tak puas hati isteri tuntut fasakh

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata suspek yang berusia 36 tahun itu telah membunuh wanita berumur 32 tahun kerana dipercayai tidak puas hati apabila mangsa ingin menuntut fasakh walaupun sudah dipujuk.

“Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun (kelmarin).”

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk.”

image is not available

Md Noor Aehawan turut mengesahkan bahawa selepas menikam isterinya itu, suspek kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang semalam untuk menyerah diri.

“Suspek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan.”

image is not available

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asistan Superintendan V K Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.