Kes Jemaah Haji Dipaksa Redah Laluan Bahaya Ke Makkah, Polis Terima 3 Laporan Berkaitan Kes Penipuan Pakej Haji

LocalPolitics
15 Jun 2025 • 2:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial kisah 47 jemaah haji yang berada dalam kategori warga emas dipercayai telah ditipu oleh ejen haji tempatan ketika mereka berada di Arab Saudi.

Meskipun kesemua jemaah itu telah sampai di Jeddah, Arab Saudi pada Mei lalu, rombongan mereka dilarang masuk ke kota suci Makkah kerana mereka tidak mempunyai visa haji.

Susulan larangan itu, jemaah-jemaah tersebut kemudiannya dipaksa oleh ejen haji untuk berjalan kaki di laluan berbahaya untuk mengelak mereka daripada dikesan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Jemaah-jemaah haji tersebut juga mendakwa mereka diberikan bilik yang sempit serta makanan yang tidak mencukupi ketika di sana.

image is not available

Lebih mengejutkan lagi apabila pakej haji tersebut dikatakan melibatkan seorang agamawan terkenal.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak mereka telah menerima tiga laporan polis mengenai kes penipuan ejen haji tersebut, lapor Harian Metro.

Laporan polis dibuat oleh ahli keluarga jemaah haji yang menjadi mangsa penipuan tersebut.

Buat masa ini, pihak polis sedang mengumpul keterangan dan bukti berkaitan penipuan tersebut.

Dalam masa yang sama, kepulangan semua jemaah haji yang menjadi mangsa penipuan itu turut ditunggu oleh pihak polis kerana percakapan dan keterangan mangsa akan dirakam untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.