Kes jurulatih dodgeball buat gangguan seksual terhadap murid disiasat

16 Jul 2023 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Polis akan memanggil semua pihak yang terlibat bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball terhadap murid sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata siasatan masih di peringkat awal dan semua mereka yang terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung perkara itu dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, media melaporkan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball dengan mangsanya melibatkan beberapa murid sebuah sekolah rendah.

Semalam, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk V Radhakrishnan dilapor berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan akan bertemu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagi membincangkan pelaksanaan kod sukan selamat dengan lebih terperinci.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Hannah yang memaklumkan laporan polis sudah dibuat dan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved