Kes Jururawat Terbaring Di Tepi Jalan, Lelaki Berusia 34 Tahun Ditahan

22 Apr 2024 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, heboh di media sosial gambar serta video seorang wanita berseragam jururawat dilihat terbaring di tepi jalan.

Wanita itu difahamkan ditemui di Johol, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam pada hari Jumaat lalu.

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, suspek kes tersebut sudah ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah pada jam 4 petang, semalam dan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, permohonan reman terhadap suspek sudah dibuat di Mahkamah Majistret pagi tadi.

“Seorang lelaki ditahan di IPD, petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes jururawat wanita yang ditarik dari keretanya sebelum dipukul sehingga separuh sedar malam Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 34 tahun direman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan lanjut masih dijalankan berkenaan pembabitan suspek dalam kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak polis masih menjalankan soal siasat terhadap suspek berhubung motif kes tersebut termasuk hubungan suspek dengan wanita itu.

Sebelum ini, seorang jururawat wanita ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dikatakan ditarik keluar dari kereta sebelum diserang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.