Kes juruterbang ditahan di Indonesia: AKPS tegaskan tiada peranan periksa bagasi di KLIA

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 10:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang peranan dalam pemeriksaan bagasi juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah minggu lalu.

Proses saringan dibuat AVSEC

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan proses saringan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikendalikan sepenuhnya oleh Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di bawah Malaysia Airports.

Image from: Kes juruterbang ditahan di Indonesia: AKPS tegaskan tiada peranan periksa bagasi di KLIA

AKPS tak terlibat dalam pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas

Beliau menjelaskan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah AKPS tidak terbabit dalam pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang objek mencurigakan dikesan ketika bagasi juruterbang itu melalui saringan sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

“Benar, saya sahkan pegawai agensi di bawah AKPS iaitu Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak terbabit dalam proses pemeriksaan melalui mesin pengimbas di KLIA.
“Pemeriksaan melalui mesin pengimbas bagasi ini dikendalikan oleh pihak AVSEC dan seperti yang saya jelaskan dalam sidang media petang tadi, dapatan yang diterima dalam pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang penemuan objek mencurigakan ketika bagasi juruterbang itu melalui mesin pengimbas sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
“Dia melalui dan melepasi semua pemeriksaan.
“Bagaimanapun, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi mengenalpasti punca utama bagaimana dadah seberat 26 kilogram (kg) itu mampu menembusi pemeriksaan mesin pengimbas yang dilengkap sistem berteknologi tinggi,” katanya.

Image from: Kes juruterbang ditahan di Indonesia: AKPS tegaskan tiada peranan periksa bagasi di KLIA

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, AKPS tidak mahu mengulas lebih terperinci kerana bimbang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa. Beliau turut memaklumkan kemungkinan wujud unsur lain dalam kes tersebut hanya dapat dipastikan selepas siasatan selesai.

“Kita sedia maklum pihak berkuasa di Indonesia sudah mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika juruterbang berkenaan ditahan pada malam 28 Julai lalu, namun konsep undang-undang di negara berkenaan dengan Malaysia adalah berbeza,” katanya.
“Pada saya, kami di AKPS sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan seperti yang saya jelaskan bahawa pihak kami tidak akan berkompromi dengan sebarang elemen penyeludupan.
“Malah, berdasarkan rekod sebelum ini AKPS turut mengambil tindakan terhadap pegawai yang dikesan terbabit dalam komplot dengan sebarang elemen penyeludupan dan kemasukan warga asing secara salah,” katanya.

Image from: Kes juruterbang ditahan di Indonesia: AKPS tegaskan tiada peranan periksa bagasi di KLIA

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Terdahulu, juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan lebih 70,000 pil ekstasi dan syabu dalam bagasinya.

Sumber: Berita Harian ( Safeek Affendy Razali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved