[VIDEO] Kastam Indonesia siar rakaman juruterbang MAS ‘kantoi’ seludup 26kg dadah

3 Aug 2026 • 8:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kastam Indonesia siar rakaman juruterbang MAS ‘kantoi’ seludup 26kg dadah

PETALING JAYA – Pihak Berkuasa Kastam Indonesia menyiarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan detik seorang juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang ditahan selepas didakwa cuba menyeludup dadah di Jakarta, baru-baru ini.

Rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi pihak berkuasa kastam itu, dipercayai menunjukkan proses pemeriksaan terhadap suspek sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Pada awalanya, suspek dilihat menarik bagasi kerjanya yang kebiasaan dibawa oleh juruterbang dan kemudian dia mengambil satu lagi bagasi di ruang pengambilan.

Ketika bagasi keduanya itu diperiksa oleh pegawai kastam bertugas menjumpai bungkusan disyaki mengandungi dadah jenis MDMA seberat 26 kilogram (kg), serta sebotol air kencing dipercayai bagi tujuan memanipulasi atau memalsukan ujian saringan dadah.

Rakaman dikongsikan turut memaparkan situasi suspek sedang disoal siasat oleh pegawai terlibat.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia bagi mengenal pasti rangkaian serta penglibatan pihak lain.

Terdahulu, media melaporkan siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak sebagai keldai dadah dan dijanjikan upah sekitar RM50,000 bagi membawa bekalan tersebut ke Jakarta sebelum diserahkan kepada anggota sindiket.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilapor berkata, tiada sebarang imej mencurigakan dikesan ketika pemeriksaan bagasi dalam kes membabitkan suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, suspek menjalani proses pemeriksaan dan saringan keselamatan wajib sebelum menaiki pesawat di KLIA ke Indonesia pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini menunggu hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Indonesia untuk kajian lanjut pihaknya termasuk bagaimana dadah itu disembunyikan. – KOSMO! ONLINE

 

The post [VIDEO] Kastam Indonesia siar rakaman juruterbang MAS ‘kantoi’ seludup 26kg dadah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved