Kes K*lar Isteri: Guru Direman 6 Hari

Entertainment
30 Aug 2025 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes seorang wanita dikelar suami sendiri baru-baru ini di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas, suspek iaitu suami mangsa yang juga seorang guru telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, tempoh tahanan reman itu adalah sehingga 4 September ini.

Suspek yang berusia 30 tahun itu telah dibawa di mahkamah pada hari ini oleh pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

image is not available

image is not available

Suspek yang tampil di mahkamah dilihat mempunyai balutan pada tangan kiri dan pada lehernya pula, terdapat kesan jahitan kerana selepas mengelar isterinya, suspek turut mencederakan dirinya sendiri pada bahagian leher.

Siasatan awal pihak polis mendapati bahawa masalah hutang menjadi punca pertengkaran pasangan itu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, lapor Astro AWANI.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.