Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor, Syarikat Konsultan Beri Ganjaran RM50,000 Jika Jumpa Albertine Leo

23 Jul 2024 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu telah meraih perhatian orang ramai, di mana kebanyakkan meluahkan rasa risau.

Terbaru, sebuah syarikat konsultan memaklumkan pihak mereka akan memberi ganjanjaran sebanyak RM50,000 jika ada mana-mana individu menjumpai Albertine.

image is not available

Difahamkan dari penjelasan syarikat tersebut, wang ganjaran itu akan diberi apabila kanak-kanak terbabit dibawa ke institusi mereka.

Jika anda mempunyai sebarang petunjuk, sila hubungi nombor rasmi iaitu di talian 011-16360404 dengan segera. Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan.

Perkembangan terbaru mengenai kes ini, pihak polis telah menahan tiga orang individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan ke atas kes ini.

image is not available 2 days ago

Kanak-Kanak 6 Tahun Dilaporkan Hilang, Terpisah Dari Keluarga Ketika Hadiri Festival di Johor Bahru