Kes Kelar Isteri Dan Anak, Rakan Rapat Dedah Perangai "Sebenar" Suspek

6 Jul 2022 • 5:27 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kes yang masih mengejutkan satu negara di mana insiden menyayat hati seorang lelaki telah mengelar leher isteri dan anaknya di rumah mereka di Johor.

Pada awalnya, netizen membuat tanggapan bahawa suspek mampu berbuat demikian dibawah pengaruh dadah namun disangkal selepas pemeriksaan air kencing mendapati lelaki ini bebas dari pengambilan bahan terlarang.

Disebabkan itu, sampai sekarang masih menjadi tanda tanya apa punca yang membuatkan suspek mampu bertindak sekejam itu.

Jiran tetangga juga terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ganggu orang lain bahkan pemurah.

Viral di platform Tiktok, seorang rakan rapat kepada suspek berkongsi tentang peribadi atau sikap suspek yang beliau kenali dan luahkan rasa terkejut di atas insiden yang berlaku. Jom kita saksikan video tersebut.

@dakayepp 05:45 pagi . Aku akan berkongsikan cerita seorang Amir Nazrin 😌 #foryou #foryoupage #fyp #dakyep #celahbedah #potongcorner ♬ original sound - Dakyep