Kes kematian pempengaruh wanita Taiwan: Namewee disambung direman

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 1:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tahanan reman ke atas Namewee disambung bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel pada bulan lalu.

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan melanjutkan tempoh reman terhadap Namewee telah dibenarkan selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.

"Namewee disambung reman tiga hari lagi setelah tempoh reman ke atasnya (Namewee) bermula 5 November lalu tamat hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri ke IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved