Kes Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman 6 Hari Untuk Bantu Siasatan

Entertainment
11 Jul 2024 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar baru-baru ini mempunyai perkembangan terbaru apabila seorang lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Menurut Sinar Harian, permohonan reman ke atas lelaki berusia 33 tahun dipercayai pemilik kebun dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad bermula 11 hingga 17 Julai depan.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

image is not available

Terdahulu, dua beradik dilaporkan telah termakan keropok disyaki bercampur racun dengan salah seorang daripadanya meninggal dunia pada pagi Rabu.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam 9.45 malam pada hari yang sama.

Adiknya pula, Muhammad Luth, 2, kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.