"Kes Khianat Ke?" - Polis Tahan Lelaki Untuk Siasatan Kes Kebakaran Motosikal KLCC

14 Apr 2023 • 4:21 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kebakaran 13 motosikal dan empat skuter elektrik di tempat parkir pusat belah-belah Suria KLCC di ibu negara, semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas satu siasatan dilakukan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, turut dirampas iaitu sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, topi keledar, sehelai baju dan seluar,.

Kata beliau, menerusi tangkapan itu, pihaknya turut merampas sepasang sarung lengan, satu beg, jam tangan dan pemetik api.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak kami dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak sepuluh laporan polis daripada pihak yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Pihak Polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.