Kes Kucing & Anjing Didakwa Mati Kelaparan: Doktor Vet Buka Mulut, Mahu Saman Pihak Sebar Berita Palsu [Video]

22 Dec 2025 • 4:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, kecoh mengenai dakwaan seekor anjing dan kucing yang mati di dalam sangkar akibat kelaparan. Kejadian itu berlaku di sebuah klinik veterinar di Damansara Damai.

Dakwa seorang aktivis haiwan Shima Aris, haiwan terbabit mati dalam keadaan yang terseksa. Hal ini selepas beberapa gambar dan video yang dikongsikannya memaparkan anjing yang telah mati itu didakwa seakan cuba melepaskan dirinya daripada sangkar terbabit namun didakwa tidak berjaya.

Perkara sama turut dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di Facebook. Difahamkan kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh bekas kakitangan klinik berkenaan sendiri.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kemudiannya memaklumkan telah menerima 1,920 aduan berhubung perkara itu. DVS Selangor yang melakukan pemeriksaan turut menemukan satu karkas kucing dan anjing dalam sangkar.

Satu kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Baca Artikel Berkaitan:Tular Anjing & Kucing Didakwa Mati Kelaparan Dalam Sangkar Di Klinik Veterinar [Video]

Pemilik & Doktor Veterinar Akan Saman Pihak Sebar Berita Palsu

Namun pada hujung minggu lalu, pemilik klinik haiwan tersebut, Dr Fadzilah A’ini Abdul Kadir menegaskan akan mengambil tindakan saman malu terhadap mana-mana pihak termasuklah media yang menyebarkan berita palsu atau memfitnah klinik berkenaan mengenai isu ini.

Bukan itu sahaja, dia juga akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melontarkan kata-kata kesat kepadanya tanpa mengira usia.

Dakwa Dr Fadzilah, ramai pihak yang menyalahgunakan media sosial dan sengaja menjatuhkan reputasinya.

“Saya kecil hati dan kecewa dan saya memang bernekad sekarang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas media, mana-mana pihak yang mengaibkan, menyiarkan, menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan (sendiri) dan menjatuhkan saya,” luahnya dalam satu sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Doktor Dakwa Banyak Pihak Kejar ‘Likes’ Media Sosial Hingga Sanggup Sebar Berita Palsu

Tambah Dr Fadzilah, dakwaan pengabaian terhadap haiwan itu adalah palsu dan tidak logik sama sekali.

“Kalau nak buat penyiaran ada caranya. Jangan buat diri sendiri nampak b*doh. Sekarang saya secara terang boleh cakap awak (media) b*doh. Kamu memberikan berita palsu dah satu. Fitnah satu, dan memalukan diri sendiri. Kamu b*doh,” kata Dr Fadzilah.

“Sekarang tak ada etika, etika dibuang tepi. Dia hentam apa yang dia nak. Ini bukan membawang. Kamu nak melaporkan sesuatu bukan membawang. Itulah yang saya kecewa dengan media-media sekarang atau influencer ni. Kamu nak banyak ‘likes’. Adakah ini tiket kamu ke neraka?” tambahnya.

@ipk.tv5 Tindakan Sam4n Terhadap Media Utama, Media Sosial Dan Individu Akan Diambil DAMANSARA DAMAI, 19.12.25, Dr Fadzilah, dengan sok0ngan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan bahawa tind4kan und4ng-und4ng akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiarkan maklum4t tidak ben4r dan bersifat fitn4h berhubung d4kwaan kem4tian anjing dan kucing akibat kebulur4n di sebuah klinik haiwan di Damansara Damai. Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, Kak Jan, menegaskan dakw4an yang tular di media sosial dibuat tanpa bukti kukuh serta tanpa sias4tan menyeluruh, sekali gus mencem4rkan nama baik Dr Fadzilah dan memberi tek4nan em0si yang serius kepada beliau serta keluarganya. Menurut Dr Fadzilah, beberapa dakw4an termasuk jumlah haiwan m4ti dan punca kem4tian adalah tidak tepat serta mengeliruk4n, malah terdapat perc4nggahan fakta yang jelas. PPIM menegaskan pihak media dan pengguna media sosial perlu beretika dalam pelap0ran, manakala sebarang penentuan sal4h atau tidak harus diserahkan kepada pihak berku4sa dan mahkamah. Kes ini kini dalam tindakan lanjut melalui saluran perundangan. #kucing #anjing #ppim ♬ Sacred Faith – Alboom, Mattia Feliciani, Matteo Locasciulli, Victor Galey,

Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Sebenarnya Yang Didakwa Berlaku?

Menerusi sidang media terbabit, seorang pelanggan klinik dikenali sebagai Syafiah mendakwa bahawa dua individu yang diupah untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan dan membersihkan premis tidak hadir ke klinik bagi menjalankan amanah mereka.

Perkara itu disedari selepas pemilik klinik menghantar seorang pencuci ke sana pada 12 Disember lalu.

“12 Disember tu baru kita tahu bahawa ada seekor anjing mati, seekor kucing mati, dua ekor kucing dalam bilik diberi makanan sangat sedikit dan seekor kucing hitam yang telah diambil oleh NGO (badan bukan kerajaan) dan ditukar nama oleh NGO tersebut,” dakwa Syafiah.

Tambah Dr Fadzilah, dia tidak menyangka dua individu itu culas dengan tanggungjawab mereka dan hanya husnudzon selepas diberitahu kesemua haiwan di sana sudah diberi makan serta klinik telah dibersihkan.

Dakwa Bekas Pekerja Berkomplot Bersama NGO Untuk Sebarkan Berita Palsu

Pihak klinik juga mendakwa bekas pekerja telah bersubahat dengan pihak NGO bagi membongkarkan insiden haiwan-haiwan mati di dalam klinik. Hal ini kerana, bekas pekerja sahaja yang didakwa tahu laluan masuk klinik ketika shutter depan ditutup.

Keadaan menjadi lebih tidak terkawal selepas wujud fitnah kononnya terdapat lebih dari dua ekor haiwan di klinik itu yang mati akibat penderaan dan pengabaian.

Dakwa Kepala Anjing Ditarik Keluar Sangkar Oleh Individu Yang Mahu Menjatuhkan Imej Klinik

Tambah pelanggan itu, paparan imej anjing yang dilihat seakan cuba melepaskan dirinya itu adalah tidak betul. Dakwanya, anjing tersebut ditarik oleh seseorang untuk menunjukkan bahawa pihak premis klinik mendera haiwan terbabit.

“Siapa yang tarik (anjing ke luar sangkar) kita tak tahu. Sebab anjing kalau dia nak makan, dia tak kais pakai tangan,” dakwanya.

@ipk.tv5 Pemilik Klinik Haiwan Mend4kwa Pekerja Dan Bekas Pekerja Berniat Jah4t Kuala Lumpur, 19.12.25, Kes kem4tian seekor anjing dan kucing di sebuah klinik haiwan di Damansara Damai disyaki melibatkan k0nspirasi pekerja dan bekas pekerja, bukan sekadar isu kebajikan haiwan. Pemilik klinik, Dr Fadzilah binti A'ini Abdul Kadir memaklumkan dua pekerja harian yang diam4nahkan memberi makan dan membersihkan klinik didapati gag4l hadir bekerja, menyebabkan haiwan ter4bai. Keadaan fizikal b4ngkai anjing juga menimbulkan keraguan sama ada kem4tian berpunca semata-mata akibat kebulur4n. Pelanggan klinik, Puan Syafiah, memperso4lkan bagaimana bekas pekerja boleh memasuki klinik, meng4mbil g4mbar dan memviralkan kejadian, sedangkan hanya orang tertentu mengetahui ak5es masuk premis. Wakil PPIM, Kak Jan, menyifatkan isu ini berunsur fitn4h dan manipul4si persep5i awam, serta menggesa sias4tan menyeluruh bagi mengenal pasti peranan sebenar pekerja dan bekas pekerja. Kes kini dalam siasatan p0lis. #ppim #anjing #kucing ♬ Do It Again (STEM whistling) – Altitude Music / BMGPM

Tonton video penuh [DI SINI].

PPIM Minta Media Buat Homework Sebelum Keluarkan Kenyataan

Menurut aktivis PPIM Gulab Jan Fazal Elad atau lebih dikenali sebagai Kak Jan, kejadian ini telah menyebabkan pemilik klinik veterinar tertekan kerana dakwaan dilakukan tanpa bukti kukuh dan siasatan belum menyeluruh.

“Pada pihak media-media yang ada tu, buatlah selidiklah, buat homework sikit sebelum nak menyiarkan sesuatu macam apa yang terjadi kepada doktor. Doktor sudah dimalukan sebelum apa-apa terjadi.

“Doktor pula bercakap dengan Allah, ‘Ya Allah ambillah nyawa aku’. Andai kata sesuatu terjadi, doktor mati macam tu, seronok ke? Saya tengok netizen komen melampau sangat. Influencer yang ada buat konten sahaja,” kata Kak Jan lagi.