“Ya Allah kesiannya” – Anjing & Kucing Ditemui M*ti Dalam Klinik Veterinar Terbiar

17 Dec 2025 • 3:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Satu kejadian menyayat hati melibatkan penganiayaan haiwan tular di media sosial hari ini selepas seekor anjing dan seekor kucing ditemui mati di dalam sebuah klinik veterinar yang dipercayai telah ditinggalkan.

Menurut perkongsian seorang aktivis haiwan, Shima Aris, bangkai anjing tersebut ditemui di dalam sangkar, manakala bangkai seekor kucing berada dalam sebuah carrier. Keadaan klinik berkenaan didapati terbiar dengan pintu terbuka serta persekitaran yang kotor dan tidak terurus.

Difahamkan, dua doktor veterinar yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua haiwan itu dipercayai telah mati antara tujuh hingga 10 hari sebelum ditemui.

image is not available

Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kucing yang masih hidup dan dipercayai turut terperangkap di dalam klinik tersebut.

image is not available

Perkongsian itu menyebabkan netizen berang dan menggesa orang ramai supaya membantu menyebarkan maklumat kejadian serta membuat laporan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dan keadilan ditegakkan buat haiwan-haiwan yang terlibat.

image is not available

Netizen turut meluahkan rasa marah dan sedih, selain mendesak agar pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.