
KENINGAU: Mahkamah Sesyen Keningau menangguhkan kes suami didakwa membakar isteri hingga mati ke 4 April ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Keningau Marlina Ibrahim pada Khamis menangguhkan kes tersebut sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan Jabatan Kimia.
Terdahulu, tertuduh Patersius Juliteh @ Julit, 50 tahun dihadapkan ke mahkamah dan hakim sama pada 15 Februari lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Patersius didakwa membunuh isterinya Sansiah Tinggian, 41, di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Tingalan Sook kira-kira jam 11 malam pada 2 Februari, 2024.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Bagaimanapun tiada pengakuan diambil ketika itu, dan Patersius diperintah direman lanjut di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya Euginie Meredith Gilbert melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


