“Sorry artis yang pernah jadi kesayanganku” – A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi 3 ‘Job’ Drama Bella Astillah

Entertainment
14 Mar 2024 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini kecoh dengan kes khalwat pelakon Aliff Aziz serta Ruhainies, yang dicekup ketika berada di sebuah kondominium mewah dekat Kuala Lumpur.

Semalam, isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah telah pun memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Difahamkan, kelibat Aliff Aziz tidak dilihat bersama isterinya itu.

Terbaru, penerbit drama Dato A.Aida mengeluarkan kenyataan di mana dia akan menyenarai hitamkan nama Ruhainies bagi drama terbitannya dan memberikan 3 kontrak drama bersama Bella Astillah.

@dato.a.aida

MUNGKIN ALLAH NAK BAGI YANG LEBIH BAIK BELLA-KAMI SEMUA SUPPORT & MENYAYANGIMU.

♬ original sound – a.aida – a.aida

Menurut Hlive, A. Aida menyatakan peluang untuk Bella ini bukan sekadar sokongan malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

Menerusi TikTok rasmi penerbit itu, dapat dilihat Bella bertemu dengannya serta diberikan beberapa buku naskhah drama yang difahamkan akan menjalani penggambaran dalam tahun ini.

Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo.

image is not available

Sebelum ini, Dato A.Aida ada berkongsi dia terkilan dengan seorang pelakon yang pernah menjadi kesayangannya kerana mengganggu rumah tangga pelakon lain, malah dia juga berkata pelakon tersebut tidak akan ada peluang lagi bersama A.Aida Production.

Sumber: Hlive, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.