Kes Lelaki Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Menagih Pil Kuda – “Dia Dah 2 Minggu Tak Tidur Sebelum Kejadian”

27 Sep 2025 • 10:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang lelaki yang menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya dengan tukul di Jelawat, Bachok kelmarin dipercayai tidak tidur selama dua minggu sebelum insiden tragis itu berlaku.

Bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, yang juga adik ipar suspek, berkata sepanjang tempoh tersebut abang iparnya hanya berkurung di rumah kedai tanpa keluar bertemu sesiapa.

image is not available

Menurutnya, suspek juga telah lama terbabit dalam penagihan pil kuda dan pernah ditahan pihak berkuasa sebanyak dua kali.

Sebelum ini dia tidak pernah mengganggu isteri, anak-anaknya ataupun keluarga saya. Tetapi sejak dua minggu lalu dia dikatakan tidak tidur malam dan sering berhalusinasi.

Saya tidak menyangka dia sanggup bertindak di luar kawalan sehingga memukul kepala anak saya, Muhammad Ammar, 7, dengan tukul.

Muhammad Badrul yang bekerja sebagai tukang emas berkata, sebelum kejadian beliau sempat menjemput anaknya bersama dua lagi anak saudara berusia lapan dan 14 tahun yang merupakan anak suspek dari sekolah.

image is not available

Katanya, anaknya ditinggalkan di rumah suspek kerana mahu bermain dengan dua sepupunya itu.

Saya keluar ke Kota Bharu untuk urusan penting. Tidak lama selepas itu saya terkejut menerima panggilan daripada kakak yang memaklumkan anak saya dipukul suaminya.

Saya segera pulang dan membawa anak yang berlumuran darah ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dihantar ke HPUSM kerana kecederaannya serius.

Tambahnya lagi, kakaknya yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 4 petang semalam.

image is not available

image is not available

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, suspek menamatkan riwayatnya sendiri dengan menggantung diri pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi selepas menyerang anak saudaranya kira-kira jam 5.15 petang. Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-26 18:46:14

"Sudah 422 Hari Sejak Keputusan Mahkamah Dibuat.." - Gagal Patuhi Terma Ganti Rugi, Rafidah Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita