Kes Makan Keropok Beracun: Muhammad Akil Syauki Meninggal Dunia

10 Jul 2024 • 11:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
keropok beracun

Sebelum ini Ohmedia berkongsi artikel tentang dua orang kanak-kanak yang keracunan selepas memakan keropok beracun yang diambil di dalam kebun.

Terkini, salah seorang daripada dua beradik itu dilaporkan telahpun meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu disahkan ibu mangsa, Nurain Hasnorizal di mana anak sulungnya, Muhammad Akil Syauki berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi.

Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.

Adik Akil iaitu Muhammad Luth Syauqi berusia 2 tahun pula ketika ini masih dirawat dan diharapkan semua proses berjalan dengan lancar. Al-Fatihah buat adik Akil, bergembiralah di syurga…

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved