Kes Maut Jatuh Tingkat 4 Suria KLCC Rupanya Wanita Tempatan 23 Tahun

2 Aug 2022 • 11:44 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Malam tadi (1 Ogos) kecoh di media sosial apabila beberapa keping gambar wanita terjatuh dari tingkat 4 pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur viral di Twitter.

Menurut laporan polis, berdasarkan hasil siasatan mendapati di mati adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun.

Kejadian tersebut berlaku jam 9.38 malam Isnin.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebelumnya si mati berjalan seorang diri di aras empat sebelum ditemukan jatuh.

Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn Bhd menerusi satu kenyataan ringkas malam ini turut mengesahkan kejadian itu.

“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” katanya.

image is not available

Terdahulu, tular di laman sosial Twitter berhubung kejadian itu apabila ada saksi mendakwa mangsa terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah berkenaan.

Di media sosial, ada netizen yang mempersoalkan sama ada ia merupakan suatu kes bunuh diri.

image is not available

Oleh itu ramai yang berkongsi maklumat mengenai beberapa pertubuhan NGO yang boleh orang awam hubungi sekiranya berdepan masalah ketidakstabilan emosi.

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my